CORETAN TERBARU NADH

Ngompol

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Yeke aku eja ni? Bahasa jawa. Satu lagi ngorok aka berdengkur. Cerita melayu kat astro ria. Buat aku tersenyum tapi sedih bab ending.

Mungkin ada sesetengah orang tak tahu masalah kencing memang wujud. Ada kencing malam. Ada pulak tak tahan nak kencing. Erk bahasa kasar eh? Okey aku tukar laras bahasa. Buang air kecil.

Jadi sesiapa yang selalu tak tahan buang air tu kena pergi berubat. Orang kata pundi kencing tak kuat nak kemut. Tu pasal asyik tak tahan je. Tapi bagi aku semua tu mind set je. Kalau kita kata kita boleh tahan. Automatik boleh punya. Mujarab!

Er sambung review. Cerita ni best. Aku kasi 4 bintang. Sebab memang merepek tapi menyentuh jiwa. Sedihlah bila Jiman tak kahwin dengan Tuyah. Kisah seorang lelaki bernama Jiman. Dia artis. Satu masalahnya iaitu tak tahan kencing dan suka kencing malam. Mimpi ada kat air je basah katil.

Kira kritikallah. Dia ada makwe. Dia sayang. Biasalah artis tak suka hebahkan. Tapi dia berkenalan dengan gadis tomboy bernama Joy aka Tuyah yang juga kawan lama dia. Dari situ nampak bibit-bibit rasa. Tapi Tuyah je syok kat dia. Mak Jiman suka dengan Tuyah. 

Masalahnya Jiman nak kat Nikki. Jadi huru-hara. Yang tak bestnya bila Tuyah bertepuk sebelah tangan. Aku memahaminya. Perit sangat=( Korang pernah rasa macam ni?

1 comment:

K said...

pernah jek, huhu

p/s : tertido depan lappy, huhu T.T

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers