CORETAN TERBARU NADH

Aku tak nak jatuh cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Takutnya. Aku takut hati aku tak kuat. Asyik terkenang je. Itu cinta eh? Ke suka-suka? Bertahun hidup pun tak tahu bezakan apa itu cinta. Banyak definisi yang buat aku makin pelik dengan diri sendiri.

Aku suka. Aku layan dia lebih dari yang lain. Dia macam istimewa je. Tapi aku tak nak jatuh cinta dengan dia. Aku single dan aku suka jadi single. Tak mungkin aku nak bercinta lagi. Tapi kenapa hati aku kata lain jari tulis lain?

Oh buntu. Sakit rupanya jatuh cinta. Aku takut aku tersyok sendiri. Entah-entah dia layan aku macam biasa je. Ramai lagi perempuan dalam dunia ni. Minat kami tak sama. Kami banyak beza. Banyak sangat. Aku rasa mustahil je kalau kitorang bercinta.

Erk peliklah. Nanti apa orang kata. Tak sukalah jatuh cinta ni. Geram. Aku rasa nak buang jauh-jauh rasa ni. Serius tak suka. Kenapa dia? Punyalah banyak lagi kat luar sana. Tapi kenapa hati ni tertarik kat dia. Tak comel pun. Biasa je.

Tak pernah bercakap pun dengan dia. Dia pun tak cakap dengan aku. Aku je syok sendiri agaknya. Korang rasa apa aku patut buat? Nanti orang kata aku buang tebiat pulak. Yang penting kalau aku bercinta dengan dia semua orang gelak.

Aku tahu tu. Malu! Tak suka tak suka. Kenapa harus kita ditemukan di saat jiwaku kesunyian=( Aku nak buat apa ni? Aku tak nak jatuh cinta!

7 comments:

Sunah Sakura said...

hohhh??? ko jatuh cinta dengan Asus Merah ke ni?

Alexandriana Alia said...

cinta ni mmg macam2 rasa yang pelik.

JIJI YU said...

hahaha..jiwang2..yek2..

cik pulau said...

haihh..
aritu bukan ke yu yg bagi nasihat kat ai...
hahaha

H.J said...

kalo dah jatuh nak buat mcm mna..layan je..haha

Halimatun Sa'adiah said...

malu tp mahu...

sergeant keroro said...

eh, ape ni?? keh3

p/s : jom story mory, haha XD

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers