CORETAN TERBARU NADH

Rumah sewa terbiar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ni aku nak tegur ni. Aku bukan berduit sangat. Student lagi. Tapi bila kita cari rumah sewa mestilah kita nak yang terbaik. Sesuai dengan wang yang akan dilaburkan. Masalahnya rumah ni terbiar. Perabot dah lama. Conteng-conteng. 

Ada anai-anai kat dapur. Rumah berminyak. Katil tak ada tilam. Bau rumah jangan cakaplah. Sembur banyak kali perfume pun tak hilang. Bau macam penyembur nyamuk yang kekal. Dengan karpet bertahun tak tukar. Memang karpet tu span bawah tak kena air. Jadi melekat kat lantai. Apakah?

Ini ke rumah sewa yang selesa? Nak suruh orang sewa kemaslah baik-baik. Ni tak. Selekeh je. Dengan bumbung luar bocor. Rumah setingkat je. Dalam tong sampah kat bilik air ada sampah yang dah hitam. Tak tahu zaman bila punya. Memang rumah tu tak pernah di sewa sebelum ni.

Rumah ni harga 450 sebulan tanpa deposit. Api air asing. Tapi banyak kena settle kan. Nak basuh langsir yang berdebu pun tak boleh. Dia dah seletep. Amaran jangan bukak. Kitorang terbersin lagi. Serius kalau tak sebab praktikum mendadak. Duit pun belum ada. Memang tak nak pilih rumah ni. 

Orang nak sewa kemaslah sikit. Bersihkan segala benda. Kalau tak nak letak perabot tak payahlah letak. Ni almari terkopak. Penuh bintik. Nak letak baju pun tak selera. Kitorang kemas jugak semalam. Susahlah. Adat nak menyewa dan beri sewa kenalah faham. Yang sewakan tu cikgu pulak. Hurm sebab tu aku lagi suka rumah macam homestay. Mahal sikit tak apa janji selesa. Ni tak. Hurmmmmm.

6 comments:

K said...

xde rumah lain ke?? hehe XD

tuan penyewa pon satu, tak jaga adat menyewa.

kan ada belajar masa form 5 kan?

kiranya tak sah sewaan lau tak menepati syarat :)

Solihin Zubir said...

haha.. adessss...
mentang2 ada org nk sewa..
yg dia pk psal duit saja..
bkn nk fikir keselesaan penyewa...

Sunah Sakura said...

hishhh..dia langgar tu hukum menyewa ikut Islam... patut pi tengok dulu rumahnya kot sebelum bersetuju dulu... erm...takpelah, kejap je praktikum kan? ke lama?

Unknown said...

haaa..betol kate sunah tu weyh

aamalinaazman said...

aiyaaaak, ade jugak cm ni eyh..adoi..yela..owg sekrg ni ci duet haje..xpelah..bersbr la ye sis =)

Cik Pulau said...

Eee.. tak patutnya..
patutnya repair la dulu..
hishh..
carik umah lain la..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers