CORETAN TERBARU NADH

Semalam yang letih

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku outopublish semua entry. Sebabnya aku busy gila. Mula kelas sampai 12 tengahari. Pukul 1 siap kemas barang nak pindah rumah. Dah kemas-kemas rumah macam rumah tinggal tu aku pergi taklimat praktikum. Pukul 3 sampai 4.15. Lepas tu aku pergi taklimat dengan pensyarah pendidikan jasmani. Semester ni aku akan ajar major dan minor.

Sampai 6.30. Kat tempat aku had keluar pukul 7. Balik sebelum 7. Aku nak balik kajang lagi. Kami pun berusaha macam-macam cara nak bagi lepas kat guard. Ada pulak warden dengan lecturer PJ aku. Dia tanya pas keluar mana? Aku tunjuk.

Letak ambil balik. Sebab aku nak balik rumah. Sia-sia je aku kena denda kalau tahu aku balik. Sebab hari ni kan ada larian 1 Malaysia. Adik aku pun ponteng. Sengal. Ibu ayah aku je pergi sekolah berlari. Tak kuasa okey. Penat lagi ni.

Aku pun menyelinap keluar. Sampai Ayer keroh berhenti makan dengan lahap. Ke makanan tu memang sedap? Member aku bawak kereta dia. Aku tinggal kereta sebab ahad ni ibu nak pergi kenduri kat Muar. Jadi jimat minyak dan tol. Aku layankan je.

Memang banyak pemandu yang tak reti memandu lagi. Sabar jelah. Dah tu sampai tol kajang pukul 8.50. 9.30 baru ayah aku ambil. Terus bawak pergi kenduri. Serius aku tak nak. Dahlah penat. Pakai baju tshirt pulak. Malu aku. Diorang kata aku baru lepas bersukan. Bengang!

Pukul 11 baru sampai rumah. Sudahnya aku protes. Tak salam pun ibu ayah seperti selalu. Ayah aku je datang usap kepala aku. Hulur tangan. Aku pun salamlah. Protes jugak. Tapi dah keluarga sendiri kan. Sabar wahai hati. Tengok imam muda Hassan menang. Tapi aku suka yang pendek tu lagi=P

Dahlah entry merepek ni. Kesimpulannya, jangan buat jahat macam aku. Kan dah macam-macam jadi. Kelas aku 5orang je join larian. Apakah? Minggu depan sekolah pulak. Hai saya cikgu Iffah akan ajar kamu PJ. Er susah okey ajar PJ!

7 comments:

matakail said...

jemput melawat & jd follower kami - http://pancingarateam.blogspot.com

cik pulau said...

sy cikgu iffah..
akan ajar kamu pj..
jangan nakal2 yer..
bulan puasa nt, kita takyah pj..hahaha..

all the best iffah.^^,

JIJI YU said...

haha..weyh dah kurus ke ko pagi ni

peep said...

sabar kak sabar... :)

sergeant keroro said...

pj je pon, hehe :P

Solihin Zubir said...

haha.. comel bila terbayang ayah kamu usap kepala kamu.. ;-p

hhmm.. sy pun mkin bz skrg.. nk blogwalking pun, alakadar je.. mana sempat je..

Sunah Sakura said...

iffah membebel...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers