CORETAN TERBARU NADH

Artis itu seronok ke?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tadi aku baca komen kata aku macam artislah. Apalah. Saja bergurau sesama blogger tak gitu kawan-kawan. Oh ya terima kasih yang telah serbu. Aku tak sempat nak serbu balik. Hehe biasalah kata artis.

Artis ni adalah orang yang menjadi ikon kepada semua manusia. Bila dah nama artis mesti dikenali. Semua tindak tanduk diperhati. Seronok ke macam tu? Tapi kita yang biasa-biasa memang suka berangan nak popular. Kalaulah aku yang kat tv tu.

Ala jangan tipu. Aku pun pernah berangan nak popular. Tapi aku nampak banyak buruknya popular ni. Bila popular aku mesti nak ikuti fesyen supaya orang tak perlekehkan aku. Lepas dah ikuti fesyen kena buka aurat. Ni tak syok ni. Lepas tu aku bergaul dengan semua tak kira siapa.

Terikat kontrak syarikat dan macam-macam yang tak best nila jadi artis. Buat salah sikit habis semua orang tahu. Benda baik kita buat orang takkan percaya 100% lah. Contoh aku pakai tudung labuh. Orang lain akan kata "Yeke dia nak pakai tudung labuh sebab insaf. Entah-entah salib kat leher.

Jadi aku tak suka jadi artis. Aku tak memuja artis pun. Cukuplah sekadar boneka yang menghiburkan. Kejam kan ayat aku? Tapi diorang memang boneka yang kerjanya menghiburkan. Kalau peminat tak suka dia kena ikut. Nak jaga reputasikan. Ibarat boneka yang diikat tali. Hidupnya diatur oleh seseorang untuk menggerakkan.

Pendapat akulah. Aku tak tujukan mana-mana artis. Jadi popular atau tak itu tak penting. Yang penting diri kita, identiti kita, agama kita. Sekian.

1 comment:

fRaMe+LenSeS said...

betul jugak kata Miss Ran tu. tapi kan, yang baiknya, bila kita bawa imej yang suci murni ni, dapat sedikit sebanyak tarik pengikut kita ikut imej tu. penting jugak peranan depa tambah dalam dunia sekarnag ni. tapi y betul2 jaga landas2 batas2 ISLAM. bukan ala-ala bitchy ni. tapi tgk balik, tadak pn.. T.T

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers