CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 35

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Im back. Okey semua mula menyampah melihat aku je update. Fine! Korang akan terkejut sebab aku nak cukupkan seribu ni. Agak-agak bilalah follower nak jadi seribu? Biar seiring dengan post. Apa kata anda?

Oh ya aku nak share resepi lagi. Kali ni lauk malam ni. Aku selalu makan kat pra kari ayam. Sedap. Akak tu kata tanpa santan. Aku pelik. Guna susu cair ke? Tak jugak. Aku pun nak trylah. Sekali pedas. Tulah derhaka melampau lagi. Korang yang suka makan pedas bolehlah makan. Rasa macam kari roti jala pulak aku buat ni. Layan jela.
Ada yang tanya tak ada gambar ke? Nilah lupa nak upload tadi haha=P

Bahan:
Kentang sebiji belah 6.
Ayam 5 ketul.
Bawang besar setengah.
Bawang putih seulas.
Kayu manis sebatang.
3 sudu serbuk kari ayam, daging.
Bunga lawang satu.
Cili boh sesudu. Aku bantai dua tadi.
Santan sebab air asam jawa tak ada. (Ni derhaka okey)
Garam

Cara:
Tumis bawang, kayu manis, bunga lawang. 
Masukkan cili boh. Tumis.
Masukkan rempah. Letak air sedikit.
Letak ayam dan kentang.
Masukkan air lagi.
Masak sampai mendidih.
Masukkan santan.
Masak sampai kentang empuk.
Letak garam.
Siap!
Kalau tanpa santan letak air asam jawa je. Kalau untuk bebudak tak payah cili boh pun tak apa. Air cukup sekadar ternggelam bahan je.

2 comments:

mcm ni lah said...

wahh ade gambar masakan tu tak ?,. nak cuci2 mate,.

aliarosli said...

lapo, tapi tak nak makan
nak tengok je resepi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers