ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Haha tajuk bikin panas je kan. Aku dah sampai ke Melaka. Hui seronok tidur. Tak payah drive macam selalu. Erk apa jadi pada kereta tu? Masuk workshop. Entah apa masalahnya. Aku drive elok-elok tetiba time kelajuan 0-20km/j kereta bergegar.
Sebab tulah aku tak pergi gathering Seremban. Konon nak turun seremban lah. Tak apalah. Janji aku yang selamat. Oh ya kembali ke tajuk. Aku mengaku aku perempuan. Dan aku jugak mengaku kebanyakan perempuan ni tak boleh harap bila memandu. Erk bukan memandu. Memandu kereta pandai.
Tapi bila masuk bab minyak, enjin, minyak hitam dan segala macam pasal kereta semua tak berapa nak tahu. Aku orangnya. Ibu aku jugak. Kira apa-apa masalah kereta settle kat workshop je. Bila orang tu cakap rosak sana sini sendiri tak faham. Last-last kena pow. Selalu jadi kan?
Aku setakat isi minyak, tukar tayar rasanya bolehlah lepas. Bab lain tak. Reti bawak je. Hehe tapi tulah pentingnya belajar masa ambil lesen. Bukan main beli lesen terbang. Ada yang buat. Aku tahu. Ada jugak yang tempat belajar memandu tak ajar benda-benda ni. Jenis-jenis minyak, cara tukar tayar. Jumper (Yeke aku eja ni), cara isi air bateri.
Kesimpulan, aku harap perempuan khususnya cuba belajar selok belok kereta. Atleast tahu sikit. Jangan kita kena pow. Konon alat mahal. Selalu jadi. Takpun kita duduk sorang tepi highway tunggu bantuan. Kot iye bantuan. Aku dengan adik beradik perempuan pernah tersadai kat tepi highway dekat UPM.
Kenapa? Entah kereta panas dan berasap bahagian depan. Jadi ramai mamat sengih, hon. Ada yang turun nak bagi bantuan kononnya. Kami menolak. Takut kot. Dah malam time tu. Tunggu jugak ibu ayah datang. Selamat masa tu kitorang pergi dua kereta nak pergi makan. Huh takut gila masa tu. Tu ramai. Kalau sorang?
5 comments:
tp kan, kite dulu masa amek lesen, dia cuma ajar cara bukak tempat enjin tu je. tak de plak ajar benda2 lain. -_-'
tp kan, kite dulu masa amek lesen, dia cuma ajar cara bukak tempat enjin tu je. tak de plak ajar benda2 lain. -_-'
lesen terbang pun tak ado..ahaks!
uhuhuhu, tak ajar pon
tak tahu pun
Ad0ii area highway UPM???
Ad0iii saya pun tgh seram laa neyh minggu neyh nak balik
Huhuu sy jgk xpandai nk cek sana sini huhuu..seramnyaa
Kena belajarkan huhuu
T_T
Post a Comment