ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cerita ni berunsurkan islam. Pelakon Dude Harlino. Yang lain tak berapa nak kenal. Kalau tanya berapa bintang aku bagi 3 je. Bukan apa. Sebab bila unsur Islam atau dakwah je sama je jalan ceritanya.
Dah dapat agak je setiap apa yang jadi. Cuma kelainan cerita ni menunjukkan bahawa fitnah sangat besar impaknya. Jangan sekali bermain dengan sumpah lebih-lebih lagi dengan nama Allah.
Syamsul Hadi penuntut di tahfiz. Dia dikhianat rakannya sendiri kerana cemburu melihat keakraban dengan wanita yang disukai. Setelah difitnah, dia merempat di luar kerana keluarganya sendiri tak percaya kata-kata dia. Dia berubah menjadi pencuri.
Namun dia insaf akhirnya. Dalam proses insaf dia berkenalan dengan gadis solehah. Namun, wanita semasa di tahfiz juga mencintai dia. Dia tersepit dua cinta. Apakah ending? Aku pun tak jangka. Aku tak suka pilihan dia sebenarnya. Tapi itulah pentingnya solat Istikharah=)
Kalau nak tengok aku sarankan download je kat syok.org. Tak adalah kecewa sangat or rasa membazir duit.
2 comments:
kalau bace siket2 ribiu nie ade macam crita Ayat-ayat Cinta pulak =)
ini dari buku habiburrahman ke? ada beli tapi belum sempat baca lagi.
Post a Comment