CORETAN TERBARU NADH

Surat terbuka untuk pengomen

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Kepada semua yang telah meninggalkan jejak di blog ini,

Saya, Miss Ran atau nama sebenar Iffah ingin menyusun sepuluh jari kerana telah mengabaikan kalian. Bukan bermakna kalian tak popular dan saya tak perlu balas kunjungan. Bukan begitu. Saya sekadar manusia biasa kerap lalai. Namun, saya tak pernah lupa jasa kalian semua.

Kalian janganlah terasa hati kerana saya tak membalas komen kalian. Bukan bermakna saya sombong. Tidak sama sekali. Saya cuma merasakan terlalu banyak komen saya menjadi penuh cloud commenter. Selain itu, saya mahu melihat sendiri berapa jumlah komen dalam setiap entri tanpa balasan dari saya. Ini bertujuan untuk menilai keberkesanan entri saya kepada kalian.

Kalian, jangan kalian mencipta fitnah yang mengatakan saya tak menjenguk blog kalian. Bukan begitu. Saya telah menjejak kalian semua. Malang internet selalu tak menyebelahi saya. Akhirnya saya tak mampu meninggalkan jejak langsung. Buat apa saya berbohong. Walaupun sumpah kini dijadikan mainan atau bahan gurauan tapi saya masih tak berani bersumpah. Takut memakan diri pula.

Dengan ini, saya sekali lagi meminta maaf kepada kalian. Jasa kalian amatlah saya hargai. Akhir kata dari saya, janganlah kalian serik untuk ke blog ini. Kalian adalah yang terbaik dalam kalangan 700+++ itu =). Sekian.

Yang benar,
Miss Ran aka Iffah

2 comments:

aliarosli said...

tak nak maaf kan!

hahhahahah, akak tetap datang gak blog kite

terima kasih!

TERHARU!

fRaMe+LenSeS said...

nadh nak tacing leh? hehehe.. terharu ni.. :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers