CORETAN TERBARU NADH

Kau jangan lebih dari aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mana boleh dia lebih?

Ini tak adil.

Kau adik. Kau kena mengalah.

Apasal kau dapat aku tak dapat?

Kau jangan nak lebih dari aku ye.

Apa ni? Tak abangnya tak kahwin lagi adik pulak menggatal dah. Mana boleh!

Pernah lalui semua ni? Atau korang pernah dengar? Aku tak faham kenapa kena wujud rasa iri hati ni. Sanggup berbalah dengan keluarga sendiri. Lagi-lagi pasal harta. Tak malu ke rebut-rebut?

Kadang aku tak terfikir pun wujud orang macam ni. Tapi dah jelas. Makin ramai sanggup bertikam antara satu sama lain demi menegakkan prinsip kau tak boleh lebih.

Kalau dah rezeki dia nak buat macam mana? Selalu abang jeles dengan adik. Kenapa? Sebab zaman abang tak ada Ipod semua ni. Zaman abang walkman je. Ni kes bandingkan zaman.

Tolonglah kita berada di zaman mana? Buat apa nak jeles. Kalau sekarang kereta sudah jadi keperluan. Takkan adik nak beli kereta tunggu abang ada kereta? Kalau abang ada kereta adik tak boleh ada kereta. Sebab muda lagi?

Aku pelik. Kenapa suka sangat sikap ni? Sikap tak boleh tengok orang lebih. Macam kau beli Iphone. Esok member kau beli Ipad. Konon nak nampak kau paling update dan kaya. Kenapa? Motif tak kasi orang lebih?

Aku rasa nak sekeh-sekeh je. Geram sangat. Rezeki dia. Biarlah dia. Jangan sibuk jeles dengan orang. Ni sikit lebih pun tak boleh. Kalau guna duit kau tak apa jugak. Duit dia suka hati dialah. Jangan sebab orang lebih dari kau, kau nak pulaukan dia.

Tolonglah matang sikit. Sikap ni tak menguntungkan pun. Aku geram! Korang ada kenal orang macam ni? Apa korang nak buat dengan orang begini?

8 comments:

Jer ... said...

adik ngn kakak jangan berebut teddy bear :D

Alin Hassan said...

ape kate ko selotep je mulut dia. nak lagi kejam ala2 cite saw, ko paku je mulut dia tu. banyak nau bunyi. hehe.

aimie amalina said...

pehhhh~ golongan ini telah menghantui hidup saye selama 4 taon kat U~ waaaa, tekanan ase...sampai tebeli beg sme pon jadik isu...aiyoo..bek g dpk dunia sowg2 nuh..x bole lgsg owg lebeh dr die..aitooo penin den..

sergeant keroro said...

kita bakor jek!!! XD

p/s : abang memang nak selalu superior dari adik, taknak kalah :P

JIJI YU said...

okeh2..masing2 ade kelebihan

cik pulau said...

teringat iklan digi.

"aku kan abang"..hahaha

^baju kurung^ said...

manusia..mmg xpernah brsyukur dgn ap yg ada..

Sunah Sakura said...

tak kenal lagi... toksah layan lah.. hehehe..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers