ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry pendek untuk tidak menjadikan blog ini bersawang. Teramat malas untuk mengupdate. Bukan apa. Keghairahan itu makin pudar. Tapi tak apalah. Demi blog aku update jugak live dari bumi kelantan. Jumaat aku gerak dari selangor. Alhamdulillah selamat dengan kereta yang sangat menggerunkan.
Toyota Camry sesuai lebuhraya je. Bila kat kampung asyik kena brek. Risau pulak. Takut terbabas. Panjang umur lagi kami ni. Mek aka nenek aku makin tenat. Kalau aku tak ikut balik aku tak tahu bila lagi nak berbakti kepada dia.
Strok yang makin teruk. Mulut pun senget. Nak cakap tak faham dia kata apa. Jadi senyap sambil mengurut. Bagi terapi supaya tangan kaki boleh gerak sikit-sikit. Kalau dulu mandi bawak pergi tandas. Sekarang lap je. Makan pun tak lalu. Tapi panjang umur dia. Orang lain strok macam-macam-macam sakit lain.
Kalau aku sempat tua, adakah anak aku akan jaga aku macam sekarang? Adakah suami atau menantu akan jaga aku begini baik? Terfikir juga kekadang. Mujur menantu mek baik. Dia rajin walaupun bukan mak kandung.
8 comments:
wahh..dua kali ganda abg ady!!!
mama kata jaga orang tua macam jaga budak-budak sebab nak perhatian
kalau boleh ikut semua dia nak
pernah jaga opah, dah tahu dah macam mana, kengkadang bengang, tapi bila ingat balik, mereka perlu teman
Nadh doakn nenek iffah cpt smbuh. Amin.
kat kelantan ; blk kpg ye?
err.. kat kelantan ke??? kat mana???
huhuhu..
anda di tag..
http://islandgurlz88.blogspot.com/2011/05/bloglist-itik-kuning.html
semuga mek kamu berada dalam keadaan sejahtera ye...=)
uiks, i pun tak sampai 1000 lagi lah dear...hahaha~ tahniah! moga mek you bahagia ada cucu macam you... :)
insyaALLAH ! 1 hari nti miss ran akan dapat suami dan anak2 yg sering beri perhatian pd kamu ..
apepun , semoga nenek miss ran dapat sembuh .. smoga miss ran jugak sentiasa dalam keadaan sihat . AMIN ! =)
Post a Comment